Rundingan Antara Umno, Bersatu Seperti ‘Anak-Beranak’

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah memulakan rundingan bagi mencari penyelesaian kepada pergolakan antara dua parti berkenaan.

Perkara itu disampaikan menerusi satu ciapannya di Twitter, malam tadi.

“InsyaAllah Isnin ini MN (Muafakat Nasional) bermesyuarat. Semuanya dalam suasana ‘anak beranak’. Kita doakan segalanya dipermudahkan Allah,” katanya lagi.

Perbincangan antara Umno dan Bersatu dipercayai berkaitan dengan hasil mesyuarat Biro Politik Umno baru-baru ini yang memberi kata dua kepada Bersatu atau kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta meletakkan syarat supaya setiap kerjasama politik mesti ad hitam putih.

Jika tidak, UMNO akan mempertimbangkan untuk keluar daripada PN seperti kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...