Rugi RM2,700 Kena Tipu individu Menyamar Ejen Penapis Air

 

Seorang warga emas mengalami kerugian sebanyak RM2,700 selepas ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen penapis air yang datang ke rumahnya pada Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata kejadian bermula pada 7 Julai lalu apabila lelaki berusia 75 tahun itu didatangi suspek yang kononnya mahu mengambil duit bayaran bulanan penapis air miliknya.

“Ketika itu mangsa diminta membayar sebanyak RM4,000 untuk tempoh 20 Januari 2018 hingga 7 Julai 2020. Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu.

“Setelah membuat perbincangan suspek bersetuju membayar sebanyak RM2,000. Pada masa itu juga mangsa membuat pemeriksaan terhadap penapis air dan suspek mendakwa ‘filter’ itu perlu ditukar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek kemudian memberitahu mangsa bahawa beliau perlu membayar RM700 untuk melakukan kerja-kerja servis penapis air.

Mangsa membuat pembayaran dalam jumlah yang diminta oleh suspek.

Bagaimanapun pada Ahad lalu syarikat penapis air berkenaan menghubungi mangsa dan memberitahu jumlah tunggakan bayaran bulanan penapis air berkenaan sebanyak RM1,988.

“Syarikat berkenaan memberitahu bahawa suspek tidak lagi bekerja dengan syarikat berkenaan pada Januari 2020. Mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, semalam,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

CUEPACS Gesa Tindakan Tegas Pesakit COVID-19 Minum Bir Di PKRC

Susulan tular gambar membabitkan beberapa individu meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kota Kinabalu sejak semalam, Kongres...

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...