RTM Mohon Maaf Silap Sebut Nama Presiden Indonesia Ketika Siaran Langsung Sidang Kemuncak ASEAN

KUALA LUMPUR: Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) hari ini memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan pengulas siaran langsung yang tersalah menyebut nama Presiden Indonesia, apabila merujuk beliau sebagai Joko Widodo sedangkan Presiden semasa republik itu ialah Prabowo Subianto.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesilapan itu.

“RTM memohon maaf kepada Presiden dan Kerajaan Republik Indonesia serta semua pihak yang terkesan akibat kesilapan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, RTM akan memperketatkan kawalan editorial dan semakan fakta dalam setiap liputan, khususnya bagi acara rasmi peringkat antarabangsa, bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat dan berintegriti.

Insiden itu berlaku ketika liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pagi tadi, yang turut dihadiri oleh pemimpin tertinggi serantau termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

BBerkaitan

Latest articles