RoS Tolak Pendaftaran PEJUANG, MUDA

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak pendaftaran penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peguam PEJUANG, Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan perkembangan itu selepas menerima satu surat yang dikeluarkan jabatan itu semalam pada jam 5.45 petang.

Mengikut rekod, permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran PEJUANG sebagai sebuah parti politik dijadual diperdengar di Mahkamah Rayuan Kuasa-Kuasa Khas 2, pagi ini.

Susulan itu, parti tersebut mungkin akan memfailkan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempertimbangkan semula keputusan itu.

Nasib yang sama juga menimpa Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diasaskan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas jabatan itu turut menolak permohonan pendaftaran parti berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles