RM30 Juta Disalurkan Syed Mokhtar Untuk Bantu Pesawah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Pengerusi Padiberas Nasional (BERNAS) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta sebagai inisiatof tambahan kepada usaha kerajaan untuk membela nasib pesawah.

Menurut Anwar, peruntukan itu merupakan tambahan terhadap RM60 juta yang disalurkan Bernas kepada pesawah miskin, sebelum ini.

“Susulan pengumuman hari ini, saya telah menghubungi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, dan Alhamdulillah beliau bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta untuk menyokong usaha Kerajaan membela nasib pesawah miskin.

“Insya-Allah, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan ini secara terus kepada pesawah-pesawah miskin dalam masa terdekat,” katanya.

Kenyataan Anwar itu merujuk kepada pengumuman kerajaan untuk menaikkan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per metrik tan berkuatkuasa 16 Februari ini.

Dalam pada itu, kata Anwar dalam memastikan penyelarasan harga lantai belian padi tidak membebankan rakyat, kerajaan turut memperuntukkan subsidi sebanyak RM150 juta kepada pengilang padi bagi mengekalkan harga jualan maksimum beras putih tempatan pada kadar RM2.60 sekilogram.

Hari ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan harga lantai belian padi akan diselaraskan berkuat kuasa Ahad ini.

Kata Mohamad Sabu, pengekalan harga itu menyebabkan kerajaan perlu menanggung kos pengeluaran berjumlah RM150 juta bagi tempoh enam bulan ini.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga lantai belian padi RM1,300 bagi setiap tan dengan pengilang menawarkan harga belian lebih tinggi iaitu antara RM1,500 hingga RM1,800 di pasaran terbuka.

Bagaimanapun, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) membantah penetapan itu yang diputuskan pada mesyuarat pengilang beras bersama Ketua Pengarah Bahagian Industri Padi dan Beras, baru-baru ini.

BBerkaitan

Latest articles