RM2 BILION UNTUK RMK-12: ANWAR SUDAH LUPA PH TENDANG PENJAWAT AWAM KETIKA PH 22 BULAN MEMERINTAH?

 

Sidang Dewan Rakyat hari ini (27 Sept 2021), ketua pembangkang mempersoalkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku RMK-12. Soal beliau ketika sidang tersebut, mengapa perlu gunakan kepakaran luar sedangkan kita ada kepakaran warganegara Malaysia untuk menjalankan kajian, termasuk berkaitan kemiskinan dalam menyiapkan buku RMK12?

Pelik dan ajaib.

Mungkin Anwar Ibrahim terlupa yang Pakatan Harapan telah melaksanakan dasar membuang penjawat-penjawat awam ketika 22 bulan memerintah. Dan kebanyakan mereka ini adalah WARGANERA DAN PAKAR di dalam kerajaan pada ketika itu.

Mungkin juga Anwar Ibrahim terlupa begitu ramai penjawat awam yang ditendang dan dibuang dek kerana ANWAR IBRAHIM BERSAMA-SAMA DENGAN DAP, PAKATAN HARAPAN mengutuk penjawat-penjawat awam yang ada sebagai tidak profesional dan tidak pandai? Warganegara dan pakar ini mereka katakan sebagai tidak profesional dan tidak pandai. Pelik…pelik… Lupa dah agaknya. Mari kita ingatkan semula.

*BERAPA RAMAI TENAGA PAKAR DI DALAM KERAJAAN YANG DIBUANG OLEH* *PH KETIKA 22 BULAN MEMERINTAH?*

Ingat atau tidak lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Timbalan Menteri Undang-Undang PH, Hanipa Maidin? _”Kerajaan berpandangan jumlah penjawat awam akan dikurangkan. Kerajaan (PH) menyasarkan pengurangan sebanyak 5 peratus perjawatan secara berfasa sehingga tahun 2021 iaitu sebanyak 90,000 jumlah penjawat awam ditamatkan perkhidmatan mereka.”_ Nilai peratus itu mungkin nampak SEDIKIT tetapi lebih kurang 90,000 orang rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan gara-gara dasar PH yang kejam dan keji. Dan mereka ini adalah tenaga-tenaga pakar di dalam setiap jabatan-jabatan kerajaan meliputi ruang lingkup yang disebutkan di dalam Rancangan Malaysia ke-12.

K’jaan kurangkan perjawatan awam sebanyak 5% – Hanipa

Selain itu, niat PH untuk menendang keluar penjawat-penjawat awam ini sudah lama tersemat dihati apabila pada tahun 2016, yang kononnya berdasarkan kajian Penang Institute di mana negara hanya memerlukan 430,000 orang penjawat awam sahaja untuk menguruskan pentadbiran negara. Dan ketika PH menang pada PRU-14 dan mula memerintah Malaysia, itu adalah PERKARA PERTAMA yang mereka lakukan.

Negara hanya perlu 430,000 orang sahaja penjawat awam. : Penang Institute

Surat JPA buang penjawat awam bertarikh 26 Disember 2018

Dan kesemua kakitangan awam yang ditamatkan perkhidmatan mereka ini adalah mereka yang pakar di dalam bidang masing-masing. Kita kehilangan ramai tenaga-tenaga pakar disebabkan dasar PH yang sempit ini. Namun kini, Anwar Ibrahim mahu mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia menggunakan kepakaran luar untuk menjalankan kajian dan sebagainya, bagi mempersiapkan Rancangan Malaysia ke-12?

Sedarlah diri wahai Pakatun Harapan. _Tak tahu menari, dikatakan pulak lantai yang jungkang-jungkit_

*Izzah Nui’man*
*Serdang, Selangor*

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini