RM109 Juta Jumlah Bayaran Sepanjang Empat Hari Diskaun Saman Trafik

 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan jumlah kutipan sebanyak RM109 juta selepas melaksanakan diskaun saman trafik sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi sebanyak 2.3 juta saman trafik diselesaikan di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, Acryl memaklumkan pihaknya sedia maklum mengenai kesesakan di kaunter bayaran saman serta kesesakan pembayaran secara dalam talian pada waktu puncak.

“Sehubungan itu saya sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk melihat keperluan bagi menambah kaunter bayaran saman di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

“Ini adalah bagi memudahkan orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka di kaunter yang disediakan tanpa perlu bersesak-sesak,” katanya pada sidang media program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, hari ini.

Diskaun saman trafik dilaksanakan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk melangsaikan bayaran saman mereka.

BBerkaitan

Latest articles