Rina Harun Nafi Keluar Bersatu

Desas-desus beberapa pemimpin Bersatu akan keluar parti mula bertebaran sejak awal hari ini, susulan pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi ahli parlimen yang lain.

Dalam pada itu, sumber dari Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd Harun menafikan khabar angin Ketua Wanita Bersatu itu turut mengambil langkah yang sama untuk keluar parti.

Rina merupakan Menteri Wanita dan Keluarga.

Beberapa nama pemimpin Bersatu dikatakan bakal keluar dari parti tersebut dan akan mengadakan sidang media tergempar.

Antaranya adalah Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh iaitu Timbalan Menteri Kerja Raya.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini