CYBERJAYA — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pagi ini berkesempatan merasmikan Majlis Libat Urus Pemantapan Pengurusan dan Penyelarasan PIBG Serta PIBKS Parlimen Sepang Tahun 2022.
Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Canselor, MMU, Cyberjaya itu diajurkan Majlis anjuran Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Swasta Daerah Sepang (PIBKS) bagi memantapkan permuafakatan dan hubungan baik antara ibu bapa bersama pihak sekolah.
Menurut Rina program ini menekankan aspek kesedaran di kalangan ibu bapa terhadap kepentingan memantau pergerakan anak-anak di rumah.
“Harapan saya agar penglibatan positif dikalangan ibubapa, guru, komuniti setempat dan pihak swasta akan terus diperkemas dan diperkasakan” Katanya melalui satu hantaran di laman facebooknya malam tadi
Tambahnya tanpa kerjasama semua pihak, mustahil untuk kita mencapai kejayaan.