Rina Anjur Jualan Murah Prihatin Rakyat di Desa Pandan

KUALA LUMPUR :- Selaras dengan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat melalui jualan murah, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun hari ini menganjurkan karnival jualan Murah di Desa Pandan

Memetik muatnaik status di laman Instagram rasminya, Rina berkata penduduk sekitar memberi sambutan dan maklumbalas yang amat menggalakkan.

“ Pelbagai barangan keperluan asas disediakan untuk penduduk yang hadir dengan harga yang murah”

Tambah Rina yang juga Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, program adalah salah satu inisiatif keprihatinan dirinya kepada masyarakat.

“ Saya yakin dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan kos sara hidup bagi kelompok masyarakat yang memerlukan.

Beliau turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa proaktif dalam memastikan program Karnival Jualan Murah Prihatin Rakyat berjalan dengan baik

BBerkaitan

Latest articles