Ridhuan Tee Dipanggil Polis Berhubung Podcast Muafakat

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah memaklumkan beliau dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan berhubung siasatan berkaitan Podcast Muafakat (Muafakat Nasional).

Menurut Ridhuan Tee, beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada petang Khamis, susulan panggilan yang diterimanya malam 26 September lalu.

“Saya akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998),” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Seksyen 504 Kanun Keseksaan merujuk kepada kesalahan penghinaan yang boleh mencetuskan pecah keamanan, manakala Seksyen 233 AKM melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam kenyataannya, beliau turut memohon doa orang ramai agar diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut.

“Doakan untuk saya, semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi semua dugaan dunia ini. Saya hanya berkata benar demi ABATA,” katanya lagi.

Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tujuan siasatan tersebut.

BBerkaitan

Latest articles