Revenue Group – Pendakwaraya mahu bawa eddie dan Ng Kuan Horng sebagai Saksi Utama

KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Low Chin How hari ini bercadang untuk memanggil Eddie Ng Chee Siong and Ng Kuan Horng sebagai saksi utama di dalam kes membabitkan Ravenue Group.

Cadangan itu dikemukakan ketika mahkamah  menyambung pendengaran kes membabitkan Brian Ng Shih Chiow, 50 dan Dino Ng Shih Fang, dua bekas pengarah bersama Revenue Group Bhd berhubung dakwaan pelupusan aset milik syarikat itu tanpa resolusi daripada lembaga pengarahnya lima tahun lalu hari ini.

Hakim, Rozana Ayob sebelum itu turut  meminta Timbalan Pendakwa Raya untuk memperbetulkan sebahagian dokumen berhubung dakwaan itu dan menetapkan tarikh 11 Mac 2024 sebagai tarikh pendengaran semula kes selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Low Chin How pada prosiding pengurusan kes yang berlangsung hari ini.

Untuk rekod Eddie Ng Chee Siong merupakan Pengarah Urusan dan Pengerusi alternatif  Revenue Group Bhd sebelum beliau meletakkan jawatan manakala Ng Kuar Horng pula merupakan Ketua Pegawai Kewangan kumpulan itu.

Sebelum ini, dua bekas pengasas bersama Revenue Group Bhd itu mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan penipuan pelupusan aset milik syarikat tanpa resolusi daripada lembaga pegarahnya lima tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan curangnya menyebabkan pegawai CIMB Bank Berhad, Lee Pei Yee, melupuskan suatu harta iaitu sebuah Toyota Vellfire milik syarikat itu tanpa resolusi ahli lembaga pengarah syarikat dengan mendaftarkan kereta tersebut atas nama Dino.

Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lot 14264, Jalan Genting Kelang, Setapak, pada 3 Oktober 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

BBerkaitan

Latest articles