Revenue Group, Bekas Pengarah Dan Bekas Ketua Operasi Selesai Tarik Balik Tuntutan Dan Tuntutan Balas Tanpa Kos

KUALA LUMPUR, Syarikat REVENUE GROUP BERHAD dan anak syarikatnya, Revenue Harvest Sdn Bhd, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menarik balik tuntutan terhadap Ng Shih Chow, Ng Shih Fang serta Safety & Bullet Film Sdn Bhd.

Keputusan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Dagang di sini, dihadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Puan Shoba Rajah.

Menurut kenyataan syarikat, tuntutan tersebut ditarik balik tanpa kebebasan untuk difailkan semula dan tanpa perintah berhubung kos.

Keputusan itu juga bermakna syarikat tidak akan meneruskan tindakan undang-undang berkaitan transaksi melibatkan Safety & Bullet Film Sdn Bhd dan sebuah Toyota Vellfire bernombor pendaftaran. BPR 3108

Dalam masa sama, Ng Shih Chiow dan Ng Shih Fang turut menarik balik tuntutan balas mereka terhadap syarikat Revenue Group Berhad dan Revenue Harvest Sdn
Bhd., juga tanpa kebebasan untuk memfailkan semula serta tanpa perintah mengenai kos.

Pada 4 Januari 2023, mesyuarat khas lembaga pengarah Revenue Group Berhad yang dipengerusikan oleh Eddie Ng Chee Siong dan barisan pengarah syarikat telah memutuskan untuk menggantung tugas eksekutif Ng Shih Chiow dan Ng Shih Fang berhubung dua kes berkaitan Toyota Vellfire serta transaksi kertas terma.

Manakala Pada 13 Januari 2023, kedua-dua pihak telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Dagang berikutan transaksi pembelian dan juga kenderaan Velfire berkenaan

Walaupun syarikat kini menarik balik tindakan undang-undang tanpa meneruskan sebarang tindakan lanjut, kedua-dua individu tersebut tidak lagi bersama dengan Revenue Group Berhad

BBerkaitan

Latest articles