Retreat Pemimpin BN Sebagai Ruang Menyusun Strategi Demi Rakyat – Mustapha

PUTRAJAYA: Pimpinan Barisan Nasional berhimpun dalam Retreat Pimpinan yang berlangsung di Sri Satria, Putrajaya sebagai langkah memperkukuh kesatuan dan menyusun strategi parti menjelang cabaran politik semasa.

Setiausaha UMNO Negeri Sembilan merangkap EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor berkata pertemuan tersebut menjadi medan penting untuk pimpinan parti bermuhasabah serta memperhalusi gerak kerja di semua peringkat.

Menurut beliau, sesi perbincangan berlangsung dalam suasana profesional dan penuh semangat setiakawan, dengan pelbagai pandangan serta cadangan dibincangkan secara terbuka.

“Pertemuan ini memberi ruang kepada pimpinan untuk memperkukuh kesatuan serta menyusun strategi yang lebih tersusun dan berfokus demi kepentingan rakyat dan kestabilan negara,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Kawasan Palong menegaskan bahawa segala perancangan yang dirangka akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Retreat tersebut dilihat sebagai usaha berterusan BN untuk memperkemas hala tuju parti serta memastikan jentera kekal mantap menghadapi landskap politik yang semakin dinamik.

BBerkaitan

Latest articles