#RESETUMNO: Pemimpin Parti Kata Tak Betul

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan dirinya terlibat dengan dakwaan kononnya mahu menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Dah viral tapi tak betul,” katanya ringkas.

Turut diajukan perkara yang sama adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Ghani.

“Reset UMNO? Apa nak komen. Nanti dulu belum lagi (mahu keluarkan kenyataan),” katanya kepada media.

Hari ini tular satu poster yang memaparkan lapan pemimpin UMNO kononnya sebagai satu kumpulan yang bakal mencabar kepimpinan Ahmad Zahid pada pemilihan parti nanti.

Poster tersebut menamakan Johari sebagai calon Presiden UMNO diikuti Khairy Jamaluddin sebagai timbalan presiden.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang pula diletakkan sebagai calon Naib Presiden UMNO sebaris dengan bekas Menteri Johor Datuk Seri Hasni Mohammad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

BBerkaitan

Latest articles