Mahkamah Majistret Marang hari ini menyambung perintah reman terhadap pelajar Tingkatan Enam disyaki terbabit kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, selama tujuh hari lagi hingga Isnin depan.
Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan perintah reman terhadap suspek perempuan berusia 19 tahun itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, remaja berkenaan direman selama tujuh hari bermula 3 November lalu.
Bagaimanapun l polis memohon pelanjutan reman bagi melengkapkan kertas siasatan.
Untuk rekod, suspek merupakan rakan mangsa, ditahan selepas tampil di Balai Polis Telemong bersama ibunya pada jam 8.15 pagi 2 November lalu.
Penangkapan suspek dilakukan berdasarkan bukti ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.