KOTA BHARU – Reman suspek lelaki yang cuba menembak isterinya di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 14 April lalu disambung lima hari.
Perintah sambung reman terhadap Hafizul Hawari, 38, yang dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Majistret Kota Bharu, Syafiq Aizat Nazri bermula esok hingga Sabtu ini.
Sebelum ini, suspek telah direman pada 16 April dan berakhir hari ini.
Sambung reman itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 kerana memiliki senjata api.
Dalam kejadian 16 April lalu, suspek telah membaling bom mercun sehingga mencederakan dua awam sebelum menghampiri isterinya dan melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya itu di Balai Ketibaan Terminal 1 KLIA.
Bagaimanapun, mangsa terselamat tetapi salah seorang pengawal peribadi yang menyelamatkan mangsa telah terkena peluru di perut dan rebah.
Suspek kemudian melarikan diri dengan kereta yang diparkir di Tingkat 2, Block C Terminal 1.
Suspek yang dikenal pasti identitinya sebagai Hafizul Harawi, 38, berjaya diberkas pukul 3 petang bersama sepucuk pistol jenis semi auto 9mm dan 33 butir peluru di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, Kota Bharu.