Remaja Tikam Ibu Saudara Sambung Reman Lagi Tiga Hari

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini membenarkan tempoh tahanan reman terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki menikam ibu saudaranya pada Jumaat lalu, disambung tiga hari lagi.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan berkata perintah sambung itu bermula esok sehingga Khamis ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di pekarangan mahkamah dengan diiringi anggota polis pada jam 8.20 pagi.

Untuk rekod remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu bertindak menikam perut ibu saudaranya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di Blok E2 Flat Taman Teluk Indah, Perai, Jumaat lalu.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 11 pagi ketika mangsa berusia 35 tahun itu berada di rumahnya bersama anaknya berusia lima tahun.

Suspek dipercayai menikam mangsa selepas wujud pertengkaran mulut di antara mereka berdua susulan mangsa menghalang suspek mahu tinggal semula bersama ibu kandungnya.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kiri perutnya akibat tikaman itu.

Dalam pada itu remaja tersebut juga didapati positif dadah jenis methamphetamin.

BBerkaitan

Latest articles