BANGI: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang sejak awal Oktober lalu selepas didakwa mengikut seorang remaja perempuan lain yang digelar ‘pengkid’ ke Kuala Terengganu.
Mangsa, Nur Qahirah Mohamat Rosman, yang lebih dikenali sebagai Qhaii atau Neyy, difahamkan keluar dari rumah keluarganya di Bandar Seri Putra, Bangi pada 9 Oktober 2025 dan tidak pulang sehingga kini.
Menurut laporan dikongsi keluarga di media sosial, remaja itu dipercayai bersama individu dikenali sebagai Nur Ain Syuhada Abdullah, berusia lingkungan 17 hingga 19 tahun, pelajar Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bentong, Pahang, yang dikatakan menetap bersama neneknya di Kuala Terengganu.
Usaha menghubungi Qahirah gagal selepas nombor telefonnya tidak lagi dapat dihubungi.
Keluarga turut mengesahkan laporan orang hilang telah dibuat dan kini memohon bantuan orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya terlihat kedua-dua remaja terbabit.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi nenek mangsa, Zawiah di talian 011-11239598, atau ibu bapanya, Liza (018-3800853) dan Rosman (012-3034130).
Kehilangan Qahirah turut tular di beberapa akaun komuniti media sosial dengan tanda pagar #InfoOrangHilang dan #infosemasa, bagi membantu mempercepat usaha mengesan mangsa.










