Remaja Mengaku Cabul Sepupu Kena Reman Tujuh Hari

KUALA LUMPUR: Seorang remaja cicir sekolah direman selama seminggu sehingga 13 Januari depan selepas disyaki mencabul sepupu perempuannya berusia lima tahun di rumah ibu bapanya, November lalu.

Perintah tahanan reman ke atas suspek yang berusia 15 tahun itu dikeluarkan Khairunnisak Hassni di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi ketika berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Sementara itu, menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari 30 November lalu ketika mangsa sedang tidur dalam bilik di rumah keluarga suspek di Bukit Rambai kerana ibu bapanya mempunyai urusan di luar negeri.

“Kejadian terbongkar selepas suspek sendiri bertemu pengadu iaitu ayah mangsa pada malam 6 Januari lalu dan mengakui telah melakukan perbuatan yang tidak sopan terhadap mangsa.

“Suspek memberitahu kepada bapa saudaranya berusia 32 tahun itu yang dia telah cuba memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa ketika ibunya menjaganya pada 30 November lalu ,” katanya.

Tambahnya, pengadu kemudian membuat laporan polis dan mangsa yang merupakan anak sulung daripada dua beradik di hantar ke Hospital Melaka untuk rawatan serta pemeriksaan lanjut.

“Suspek kemudian ditahan selepas pihak polis menerima laporan kes tersebut,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles