Remaja Mengaku Bersalah Atas Pertuduhan Lakukan Seks Luar Tabii Terhadap Kanak-Kanak

PARIT: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, yang merupakan anak asuhan ibunya, dua minggu lalu.

Tertuduh, yang juga pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Seri Iskandar, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai, lapor Kosmo!.

Menurut kertas pertuduhan, remaja berkenaan didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Iskandar Perdana pada jam 11 pagi, 14 November 2025.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri, manakala tertuduh diwakili peguam Nur Nadzrah Badarudin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan akhlak.

BBerkaitan

Latest articles