Remaja Jadi Pemuas Nafsu Bapa Angkat Dua Minggu Berturut-turut

KUALA LUMPUR: Nasib malang menimpa remaja perempuan berusia 19 tahun apabila didakwa dirogol oleh bapa angkatnya selama dua minggu berturut-turut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa dirogol suspek sejak dia tinggal di perumahan di Sungai Tengi Kanan, di Tanjong Karang.

Kali terakhir mangsa dirogol suspek berusia 43 tahun adalah pada jam 1 pagi, 27 Mac lalu.

Perbuatan tersebut diketahui selepas ibu mangsa mengambilnya dan membuat laporan polis.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan pemeriksaan mengesahkan dia dirogol,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek ditahan di Seri Alam, Johor pada 26 November lalu selepas dia menghilangkan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan.

BBerkaitan

Latest articles