Remaja Dipenjara 30 Tahun, Mengaku Salah Cabul, Tunjuk Kemaluan Pada Adik Angkat

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencabul kehormatan adik angkatnya, seorang remaja lelaki dikenakan hukuman penjara 30 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan berkenaan.

Tertuduh yang berusia 18 tahun itu turut mengaku salah atas pertuduhan kedua, Iaitu menunjukkan kemaluannya kepada mangsa sama sambil melakukan onani.

Kedua-dua kejadian terhadap mangsa, 13 tahun dilaporkan berlaku kira-kira pukul 10 pagi di sebuah rumah di Pokok Mangga dalam daerah Melaka Tengah.

Tertuduh membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 16 Januari depan untuk pendengaran laporan akhlak bagi pekerja kedai makan itu sebelum hukuman dijatuhkan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Manakala bagi kesalahan kedua, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 15(c) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah untuk tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh sementara menunggu laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Hakim kemudian membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan 16 Januari tahun depan untuk penyerahan laporan sosial JKM sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

BBerkaitan

Latest articles