Remaja 15 Tahun Parah Jatuh Dari Tingkat 10 Kondominium

GEORGE TOWN: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di kawasan Gelugor, tengah hari tadi.

Menurut maklumat awal, kejadian mengejutkan itu dipercayai berlaku sekitar jam 1 tengah hari.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan masih menerima rawatan lanjut setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Beliau berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Kes masih dalam siasatan dan kerjasama semua pihak amat dihargai,” katanya ketika dihubungi.

BBerkaitan

Latest articles