Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian 2 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa mendakwa dirogol kira-kira jam 12 tengah hari.

Berikutan kejadian itu, mangsa telah mengadu tentang kejadian tersebut kepada kakak kandungnya.

“Mangsa mendakwa dirinya dirogol enam lelaki penghantar makanan yang dikenalinya menerusi seorang rakan perempuannya.

“Bertindak atas maklumat itu polis terus bertindak pantas menjejaki dan menahan kesemua suspek pada 4 Disember 2020 di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara,” katanya.

Kesemua suspek yang disiasat mengaku merogol gadis berkenaan.

Daripada semua suspek itu, empat orang  berusia antara 20 hingga 22 tahun.

Manakala dua lagi suspek adalah kategori kanak-kanak berusia 16 dan 17 tahun dan tidak bersekolah.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati dua daripada suspek itu mempunyai rekod kes jenayah dan dadah,” tambah Nik Ezanee.

Mangsa yang sedang mengalami tekanan emosi, sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun jika disabitkan bersalah.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

CUEPACS Gesa Tindakan Tegas Pesakit COVID-19 Minum Bir Di PKRC

Susulan tular gambar membabitkan beberapa individu meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kota Kinabalu sejak semalam, Kongres...

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...