Relevankah PN Jika Ia Hanya Didukung ‘Katak Patah Kaki’?

KUALA LUMPUR: Susulan kritikan Tan Sri Abdul Hadi Awang terhadap Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zakarshi meluahkan rasa peliknya terhadap sikap Presiden PAS berkenaan.

Tegasnya, Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada PAS dan Bersatu tidak semegah yang dicanang, apatah lagi gabungan itu terdiri daripada mereka yang melompat keluar dari UNNO.

Malah dakwaan Abdul Hadi kononnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan strategi terdesak kluster mahkamah, Mohd. Puad kemudian membangkitkan ketidakyakinan PN terhadap pengundi Cina yang tidak menyokong lagi Bersatu.

“Kali ini mereka tidak yakin pengundi Cina akan sokong PPBM. Sebab itu Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berani pertahankan Bkt Gambir (undi Cina 30%). Maka relevankah Bersatu dan PN?

“Bersatu didukung ramai katak. Banyak katak ini patah kaki. Makin ramai akan keluar Bersatu. PAS juga akan patah kaki. PS akan pecah rekod. Parti paling banyak keluar masuk gabungan politik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Lebih lanjut, Mohd. Puad turut mengingatkan PN yang turut ditubuh hasil gabungan bukan parti Melayu juga.

Ini susulan dakwaan Abdul Hadi kononnya BN tidak lagi relevan dalam kalangan pengundi.

“Ustaz Hadi dakwa BN sudah tidak relevan. Dia tidak beri sebarang alasan. Menurut Hadi, perjuangan PN bukan penyatuan ummah sahaja tetapi rakyat Malaysia yang majmuk.

“Kalau begitu, apakah PN adalah parti pelbagai kaum yang relevan? Di PRN Melaka, BN menang majoriti 3/4. MCA menang dua dan MIC satu kerusi. BN kembali diterima rakyat.

“Di PRN Johor, dua ADUN Bersatu (Setia Wangsa dan Larkin) keluar parti.

“Kedua-duanya Exco. Mereka menang di PRU 14 kerana sokongan undi Cina. Di Puteri Wangsa, pengundi Cina 60%,” tulisnya lagi.

BBerkaitan

Latest articles