Rekod Cemerlang Serta Kejayaan Pentadbiran Ismail Sabri

Rakyat menyaksikan sendiri pelbagai bentuk perubahan yang berjaya dilaksanakan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri. Segala perubahan yang beliau laksanakan semuanya bertumpu pada keutamaan kebajikan serta kesejahteraan hidup rakyat.

Apa yang istimewa dilihat di sini adalah keberanian beliau itu dalam meniupkan angin perubahan yang sudah tentunya mengundang bermacam-macam bentuk respon. Tidak kurang juga yang cuba memperlekeh dan merendahkan usaha beliau, namun beliau tetap tegas dengan pendirian beliau dan meneruskan segala perancangan perubahan tersebut.

Antara keputusan atau tindakan beliau yang membawa kejutan adalah keputusan pemansuhan permit kuota import (AP) yang sempat menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat.

Pihak-pihak pemegang permit AP sedia ada sudah semestinya tidak suka dan memprotes dengan pelbagai cara namun akhirnya, tiada yang dapat mengubah keputusan beliau itu.

Sekiranya dilihat dari sudut populariti, seorang Perdana Menteri yang populis tidak mungkin akan mengambil pendekatan memansuhkan permit AP itu kerana mereka bimbang akan kehilangan sokongan dan pengaruh. Lebih-lebih lagi apabila pihak-pihak pemegang permit ini merupakan ‘orang-orang penting’. Sebab itulah tiindakan ini mendapat pujian sebagai tindakan yang berani.

Namun Ismail Sabri sangat jelas akan keutamaan beliau, iaitu rakyat. Melalui pemansuhan permit AP, kerajaan berjaya mengekang monopoli pasaran serta pemanipulasian harga oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Harga barang yang terbabit pun akhirnya dapat dikawal peratus kenaikan harganya.

Banyak lagi tindakan Ismail Sabri yang boleh disifatkan sebagai berani dan momentus. Ianya termasuklah keputusan pemberian subsidi dengan jumlah yang sangat besar mencecah RM77.7 bilion.

Pemberian subsidi yang terbesar dalam sejarah ini dibuat oleh Ismail dan pasukan beliau atas hasrat untuk mencapai satu matlamat. Matlamat untuk MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT!

Terdapat banyak lagi kejayaan-kejayaan tindakan, keputusan, serta langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran beliau yang membawa impak positif kepada rakyat, dan sekaligus merangsang pemulihan ekonomi negara sekiranya ingin diulas satu persatu.

Namun saya ringkaskan di sini kepada beberapa tajuk kecil:-

Kejayaan Memulihkan Ekonomi Ketika Krisis
• Meningkatkan peluang pekerjaan & seterusnya mengurangkan kadar pengangguran (daripada 4.5% kepada 3.7% pada 2021)
• Kadar pertumbuhan ekonomi sehingga 14.2% setakat suku ketiga 2022
• Nilai FDI bersih yang terus mencatat nilai positif berjumlah RM17.3 bilion

Nota:
FDI bersih = FDI masuk – FDI keluar

Menyelamatkan Rakyat Ketika Krisis
• Pembukaan semula operasi ekonomi negara yang ditutup sejak pandemik juga satu keputusan yang berani
• Pemberian subsidi yang besar bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat
• Mengawal kadar inflasi sepanjang dunia dilanda krisis ekonomi

Meningkatkan Jumlah Bantuan Kepada Rakyat
• BKM dinaikkan
• Pemberian tablet berjenama melalui program PerantiSiswa untuk memudahkan P&P secara atas talian

Menyelesaikan Krisis Politik
• Akta Anti Lompat Parti bagi memastikan mandat rakyat terpelihara
• Mengadakan perjanjian (MoU) bersama PH semasa negara berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi serta pandemik
• Membubarkan parlimen agar kerajaan yang kukuh dan stabil dapat dibentuk

Ada banyak lagi yang telah dilakukan oleh beliau, namun semua yang disebutkan di atas merupakan antara perkara yang membawa impak yang cukup besar sehingga ia boleh dirasakan oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan marhaen.

Buat YAB DS Ismail Sabri Yaakob, teruskan khidmat yang cemerlang ini. Rakyat sentiasa bersama pemimpin yang sentiasa mendahulukan mereka berbanding perkara-perkara lain.

Ismail Sabri PM kita!

•••

|| 1002hrs : 12112022 : R.A.S.L°

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,604FollowersFollow
20,300SubscribersSubscribe

Terkini