Reka Cerita Hilang Dalam Hutan Demi Konten – Polis Indonesia

KUALA LUMPUR: Hanya lakonan! Itu adalah kenyataan pihak berkuasa Indonesia terhadap Tindakan dua pempengaruh Malaysa berhubung kehilangan seorang rakan mereka dalam hutan ketika menghasilkan kandungan media sosial di Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

Portal berita tempatan, KumparanNews melaporkan siasatan polis mendapati dakwaan kehilangan terbabit adalah cerita palsu.

Ketua Polis Panyileukan, Pesuruhjaya Kurnia, berkata berdasarkan keterangan kepada polis, pempengaruh terbabit memberitahu mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi ‘pempengaruh Malaysia (gadis) hilang selama 48 jam ketika membuat kandungan mengenai aktiviti paranormal’.

“Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.

“Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu.

“Kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat,” katanya seperti dilaporkan portal itu.

Kurnia berkata, pempengaruh tersebut telah meminta maaf kepada polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

BBerkaitan

Latest articles