Rayhan Akan Diusir Dari Malaysia Tidak Lama Lagi

Warga Bangladesh yang mencetuskan kontroversi menerusi video dokumentasi berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown, Md Rayhan Kabir akan diusir keluar dari negara ini dalam tempoh terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dengan menambah pihak polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap Rayhan.

“Semalam menteri telah beritahu bahawa Rayhan akan diusir keluar dari negara ini, pas kerjanya juga telah ditamatkan.

“Bila dia akan diusir kita tidak dapat tentukan lagi, tapi penerbangan paling awal ke Bangladesh pada 31 Ogos.

“Dia juga akan disenarai hitamkan buat selama-lamanya,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Rayhan sebelum ini muncul dalam dokumentari terbitan stesen televisyen Al-Jazeera dengan mendakwa pihak berkuasa Malaysia memberi layanan buruk kepada pendatang tanpa izin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan Covid-19.

Lelaki itu kemudiannya diburu oleh pihak polis dan berjaya ditahan pada 24 Julai lalu.

Dalam perkembangan yang sama, Khairul memberitahu polis telah menyerahkan kertas siasatan terhadap warga Bangladesh itu ke pejabat peguam negara.

“Pihak polis telah selesai menjalankan siasatan, hasil siasatan telah diserahkan ke pejabat peguam negara.”

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini