Raya Di Rumah Sahaja, Tegas KP Kesihatan

Umat Islam dinasihatkan untuk tidak menerima pengunjung ketika perayaan Aidilfitri, selain duduk di rumah dan menyambut secara sederhana.

Ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hishan Abdullah, saranan itu amat penting supaya jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan.

Begitu juga dengan penduduk di kawasan zon merah, beliau mengingatkan mereka untuk tidak melakukan kunjungan raya terhadap penduduk di kawasan lain.

“Kita boleh lakukan perintah berkurung di rumah sendiri untuk memastikan tiada orang luar berkunjung ke rumah kita. Ini merupakan inisiatif yang sangat baik, jika orang ramai dapat lakukan,” katanya.

Dalam pada itu mengulas had 20 individu untuk ziarah raya sebagaimana dinyatakan kerajaan baru-baru ini, Dr Noor Hisham berkata ia sekadar ukuran relatif untuk mengelakkan orang ramai bersesak dalam suatu keadaan dan tempat.

BBerkaitan

Latest articles