Ramai Rakyat Selangor Cuba Rentas Negeri Sempena Raya

Selangor mencatatkan bilangan kenderaan tertinggi iaitu 460 kes untuk cubaan rentas negeri dalam sekatan jalan raya rentas sempadan negeri yang dilakukakan semalam sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dua lagi negeri lain yang turut mencatat jumlah tertinggi adalah Melaka (121 kes) dan Negeri Sembilan (95 kes).

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 162 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 157,364 kenderaan.

“Sebanyak 1,158 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan diarah berpatah balik oleh PDRM berbanding 1,613 kenderaan pada hari sebelumnya,” katanya memetik satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah memeriksa 30,702 kenderaan persendirian, 2,052 kenderaan awam dan 286 vessel selain 10,637 pasar awam, 4,045 tempat ibadah, 944 tempat riadah dan 636 tapak pembinaan.

“PDRM menahan 156 individu dan menahan reman 50 individu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP). PDRM telah mengeluarkan kompaun kepada 106 individu atas kesalahan melanggar SOP,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles