Ramai Pemimpin Warisan Lobi Projek, Balas Limus

ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury memberitahu penganugerahan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah terhadap syarikatnya, Perwira Progresif Sdn Bhd melalui proses tender yang ketat.

Limus berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah, Datuk Dr Yusof Yakob bahawa beliau meninggalkan UPKO kerana mahu menyelamatkan projek bernilai ratusan juta ringgit.

Limus dalam pada itu tidak menafikan penglibatan syarikatnya dalam projek lebuh raya berkenaan, selain menegaskan Perwira Progresif merupakan syarikat Bumiputera milik Kadazan Dusun Murut (KDM) yang layak kerana kemampuan melaksanakan projek terdahulu.

Selain Limus, turut meninggalkan UPKO adalah ADUN Sugut, Datuk James Ratib.

Malah Limus juga menyelar kenyataan Yusof itu dengan berkata ramai pemimpin Warisan turut melobi projek kerajaan negeri.

“Saya juga ingin bertanya kepada Dr.Yusof, adakah pemimpin Warisan termasuk Menteri-Menteri tidak melobi projek? Kerana ada diantara mereka telah menemui saya untuk berbincang soal projek.

“Saya dan Datuk James meninggalkan UPKO kerana telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam perjuangan dan hala tuju, selain kerana Kerajaan Negeri Sabah termasuk UPKO tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dan masih menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Apatah lagi Limus memberitahu dirinya tidak pernah ditawarkan sebarang jawatan lantikan politik di dalam kerajaan negeri atau anak syarikat milik kerajaan negeri.

Sebaliknya jawatan-jawatan berkenaan diberikan kepada pemimpin Warisan sahaja.

Malah tindakan tersebut diambil kerana mendakwa Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tungau mengambil sikap lepas tangan dan pentingkan diri sendiri.

Untuk rekod, Limus dan James mengumumkan keluar parti pada Rabu lalu dan menjadi wakil rakyat bebas.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,600SubscribersSubscribe

Terkini