More

    Ramai Orang Minat Mahu Berniaga Dan Datang Berunding Dengan DBKL

    Selepas ada kemudahan diberikan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk orang ramai mula mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan, ramai orang kini sudah tampil kepada pihak DBKL untuk berunding bagi mendapatkan lesen perniagaan untuk mereka.

    Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau mengajak kepada sesiapa orang ramai yang ingin berniaga boleh datang bertemu dengan pihak DBKL dan berunding tentang keadaan lokasi, jenis perniagaan dan masa untuk berniaga sebelum melihat kesesuaian sebelum lesen dikeluarkan.

    Siang tadi, beliau menyerahkan surat tawaran untuk mendapatkan Permit Sementara Waktu Terhad Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada kira-kira 30 orang penjaja di Setapak Indah, Kuala Lumpur daripada keseluruhan 80 permohonan yang dikeluarka surat tawaran dari 97 permohonan diterima.

    Menurut beliau, majlis siang tadi adalah hasil dari rundingan yang dijalankan.

    “Saya datang ini pun hasil dari perundingan, kebetulan ada kawan saya menetap di sini (Setapak Indah), rakan sekolah saya, mereka menghubungi saya, di sini ada orang hendak berniaga tetapi ada sedikit masalah dan mereka minta saya datang, selepas pulang dari Chini tempoh hari saya singgah, tengok sendiri.

    BACA JUGA – Pengguna Dapat Perincian Bantuan Prihatin Elektrik Melalui Bil Julai

    “Kemudian, saya duduk dengan KSU dan Timbalan Menteri kami bincang, kami bekerja sebagai satu pasukan.

    “Yang datang ialah dari merata-rata sekitar Wilayah, ada penjaja dari PPR Muhibah, masih ada banyak yang jemput saya untuk melihat kawasan, di Chow Kita ada, di Kampung Baru ada, di Pasar Datuk Keramat ada, memang banyaklah, jadi bila saya ada masa, saya dengan Timbalan Menteri, kami turun dan merayau,” katanya dalam sidang media selepas majis selesai.

    Annuar juga turut beramah mesra dengan penjaja di Setapak Indah bertanyakan tentang barang jualan mereka ketika program berkenaan hari ini.

    Pada program siang tadi, beliau meluangkan masa berjalan hampir 1 kilometer meninjau khemah demi khemah para penjaja di Setapak Indah serta menyerahkan sendiri surat tawaran.

    Annuar berkata, pihak DBKL akan memastikan dalam masa terdekat, para peniaga akan menggunakan khemah yang seragam serta kedudukan semua penjaja akan disusun mengikut kedudukan yang lebih sistematik dan teratur kerana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika PKPP perlu diamalkan.

    Permit yang diberikan adalah bersifat sementara di antara tiga hingga enam bulan sahaja dan kelulusan permohonan tertakluk kepada terma dan syarat oleh DBKL.

    Kadar bayaran lesen berkenaan ialah RM20 sebulan bagi penjaja sementara tetap atau gerai di tepi jalan atau RM62 sebulan bagi penjaja sementara bergerak seperti dari but kereta.

    Annuar berkata setiap penjaja boleh berniaga dalam satu waktu perniagaan sahaja di antara pagi, tengah hari ke petang dan malam dan tidak ada penjaja dibenarkan untuk monopoli untuk berniaga di semua waktu penjajaan iaitu dari pagi sampai malam.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini