Ramai Lepasan Universiti Jadi Penganggur Kerana Pilih Lokasi Kerja

Kementerian Sumber Manusia memaklumkan punca utama yang menyebabkan ramai siswazah menganggur adalah kerana memilih lokasi pekerjaan, selain kemahiran insani yang rendah.

Timbalan Menteri, Awang Hashim turut menambah bilangan penganggur di kalangan lepasan universiti juga semakin menigkat kerana kegagalan mereka mendapat maklumat tentang kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan serta kursus yang dimiliki.

“Kelulusan atau CGPA yang rendah juga menyebabkan majikan-majikan kurang berminat untuk menggaji calon-calon dalam kategori ini selain ketidaksepadanan di antara bidang pengajian sesetengah siswazah dengan pasaran pekerjaan,” katanya.

Awang berkata demikian pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan Senator Idris Ahmad tentang statistik dan data berkenaan pengangguran dalam kalangan yang memiliki ijazah pertama sejak 2015 hingga Julai lalu.

Berdasarkan Laporan Statistik Siswazah 2016, jumlah siswazah menganggur pada 2016 ialah seramai 145,800 orang atau empat peratus sementara pada 2017 seramai 154,500 orang (4 peratus); seramai 161,300 orang (3.9 peratus) pada 2018 dan 170,300 orang (3.9 peratus ) pada tahun lepas.

Dalam usaha menangani masalah ini, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional (JKPN) yang berperanan membincangkan inisiatif pembaharuan jangka panjang memandangkan terdapat isu-isu pasaran pekerjaan yang bersifat ‘structural’ seperti ketidaksepadanan berkenaan.

Sementara itu, sebanyak 202,117 peluang pekerjaan ditawarkan oleh majikan kepada golongan siswazah menerusi portal MY Future Jobs dalam tempoh Jun hingga 14 Ogos lalu.

MY Future Jobs diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lepas, selaras inisiatif Penjana Kerjaya yang dilaksanakan bagi merangsang kewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Selain itu, kementerian menerusi Jabatan Tenaga Kerja juga telah mengadakan pelbagai program bagi membantu golongan siswazah memperoleh pekerjaan sekali gus mengurangkan penganguran dalam kalangan mereka.

“Antara inisiatif itu ialah mengadakan karnival kerjaya dan temuduga terbuka … menerusi pelbagai program ini, seramai 7,178 orang berjaya mendapat tempat dalam pekerjaan,’’ katanya lagi.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic...

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...