Ramai Hadir Ke Program PN Tak Semestinya Rakyat Johor Sokong Mereka

 

 

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata kehadiran orang ramai ke program anjuran Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dijadikan pengukur kepada sokongan yang diterima gabungan berkenaan.

Mengambil contoh Barisan Nasional (BN), ujarnya, program anjuran gabungan politik itu sering dipenuhi orang ramai namun tetap juga kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 yang lalu.

“Pada BN yang penting adalah hasil dapatan kajian sikap pengundi-pengundi yang dibuat di lapangan. Kita bukan semata-mata mahu cantik di atas kertas sahaja, hendak lapor yang baik sahaja kerana ia merupakan punca kegagalan.

“Inilah yang saya lihat daripada beberapa siri pilihan raya yang lepas,” katanya memetik MalaysiaGazette.

Reaksi Hasni merujuk kepada kenyataan Pengarah Pilihan Raya Johor PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin baru-baru ini yang menzahirkan keyakinan gabungan itu untuk menang besar dalam PRN Johor, mengulangi kejayaan yang dikecapi mereka dalam PRN Sabah dua tahun lalu.

Hamzah juga mendakwa UMNO patut takut dengan sokongan yang diberikan rakyat terhadap PN kali ini.

Hasni, kemudiannya berkata alam keputusan sesuatu pilihan raya ada kerusi kerusi yang menang dengan majoriti 20 peratus dan ada juga kerusi yang menang tipis.

Keputusan-keputusan ini bukti bahawa rakyat menilai parti mana yang hendak disokong.

“Sebab itu saya katakan, kehadiran orang ramai dalam acara tertentu tidak boleh dijadikan kayu pengukur. Mereka yang hadir itu tidak semestinya kerana menyokong parti atau gabungan.”

BBerkaitan

Latest articles