Rakyat Sabah Mahu Tahu Perjalanan Kes Babit Christina Liew – Yong Teck Lee

Bekas Ketua Menteri Sabah hari ini membangkitkan perjalanan kes membabitkan  timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew pada tahun 2014.

Yong Teck Lee yang juga Presiden SAPP berkata Rakyat Sabah ingin tahu apa yang telah terjadi dengan penghakiman bernilai RM557 juta yang telah dibacakan di Mahkamah Tinggi Tawau pada tahun 2014 terhadap seorang peguam, yang kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Katanya keputusan itu adalah berkaitan  dalam kes rampasan tanah di Bagahak Plantation, Lahad Datu dimana Plaintif dalam kes tersebut adalah syarikat milik kerajaan negeri, Borneo Samudera Sdn Bhd, yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan pekebun kecil di Bagahak.

Menurut laporan akhbar tempatan pada 17 Jun, permohonan rayuan oleh Timbalan Ketua Menteri kini ditunda. Tanpa sebarang penjelasan berkenaan mengapa ia ditunda dan berapa lama masa yang akan diambil.

Rayuan kes yang telah sekian lama ditunggu-tunggu itu asalnya dijadualkan untuk didengar di Mahkamah Rayuan di Kota Kinabalu pada 16 Jun 2020, setelah Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi Malaysia, menolak permohonan Timbalan Ketua Menteri untuk mengemukakan bukti baru.

” Saya ingin mengingatkan pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan Warisan, bahawa rakyat Sabah mengikuti kes berkepentingan awam ini dengan teliti.”

” Ini kerana Pengerusi Borneo Samudera Sdn Bhd adalah Datuk Mohd Shafie Apdal, yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah sekarang Manakala defendan utama adalah Datuk Christina Liew Chin Jin, merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah ” katanya lagi.

Menurut laporan berita hari ini, rasa tidak puas hati terhadap kes rampasan tanah ini adalah salah satu penyebab pengunduran besar-besaran anggota PKR di Putatan semalam kerana Timbalan Ketua Menteri itu juga merupakan Ketua Umum PKR parti Sabah.

BBerkaitan

Latest articles