Rakyat M’sia Lengkap Dos Vaksin Dibenar Rentas Negeri Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok.

Setiap aktiviti pergerakan rentas negeri boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

“Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Berita Berkaitan

Komen

Terkini