More

    Rakyat Malaysia Di Beirut Dalam Keadaan Selamat

    Kesemua rakyat Malaysia yang berada di Lubnan berada dalam keadaan selamat, demikian menurut Kementerian Luar selepas dimaklumkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Beirut.

    Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien juga memberitahu bahawa kedutaan menasihat rakyat Malaysia di sana untuk berada di rumah masing-masing.

    “Malaysia berkongsi kesedihan dan ingatan serta doa kami mengiringi insan-insan kuat di Lubnan. Kami bersedia untuk memberi sokongan dalam apa juga cara yang mungkin,” katanya dalam ciapannya di Twitter.

    Dalam kejadian tengah malam Selasa waktu tempatan, satu letupan besar mengegarkan ibu kota Beirut, berpunca dari tempat menyimpan baja ammonia nitrat di sebuah gubang di pelabuhan.

    Laporan awal mendapati kebakaran mula tercetus di kawasan tersebut.

    Sehingga kini angka korban dan cedera meningkat dan usaha menyelamat masih dijalankan.

    Malaysia merupakan sebahagian daripada Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) untuk menjaga keamanan di selatan Lubnan.

    Tiada laporan setakat ini sama ada terdapat kapal Malaysia atau kapal yang mempunyai kru Malaysia di pelabuhan itu semasa kejadian.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini