Rakyat Malaysia Bantah Kekejaman Zionis Di Gaza

KUALA LUMPUR: Himpunan aman anjuran Viva Palestina Malaysia yang bermula pada 10.30 pagi tadi bersolidariti dengan Palestin yang terus ditindas dengan kekejaman dan tanpa perikemanusiaan rejim Israel.

Ribuan rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama membanjiri Dataran Merdeka sejak jam 9 pagi tadi.

Himpunan aman Freedom For Palestine ini turut dihadiri warga asing yang berada di negara ini.

Mereka datang dengan penuh semangat, menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Palestin.

Para peserta melaungkan jeritan Palestin! Palestin! dengan kibaran bendera Palestin, disusuli dengan sorakan Israel shame of you.

Ada juga yang memakai pelekat bendera Palestin di muka masing-masing.

Turut serta dalam himpunan ini adalah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dlihat hadir dalam himpunan tersebut.

Nurul Izzah berkata, suara yang dilontarkan oleh Malaysia menerusi himpunan hari ini adalah penolakan terhadap perang jenayah yang dilakukan oleh rejim zionis, selain kecaman kepada pihak itu yang membunuh ramai penduduk Gaza yang tidak bersalah.

“Kita menunjukkan sokongan kita ini merentasi agama dan kaum. Berpaksikan keadilan, rakyat Malaysia bersatu suara menolak jenayah perang terhadap warga Palestin oleh Israel

“Ini bukan tentang kedua-dua pihak yang menyerang, ia adalah Gaza yang tidak ada kena mengena juga ditindas. Anak-anak kecil tidak bersalah dibunuh,” katanya ketika ditemui selepas himpunan.

Himpunan aman itu berakhir pada jam 1 tengah hari tadi.

BBerkaitan

Latest articles