Rakyat Kini Barisan Hadapan Negara Putuskan Rantaian Covid-19 Bersama KKM

Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan atau PKPP, rakyat kini menjadi barisan hadapan negara dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkita penyakit Covid-19 bersama-sama dengan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kerajaan akan terus memberikan keutamaan kepada pelaksanaan konsep Cegah, Amal, Patuh dan Pantau (CAPP) kepada masyarakat sebagai langkah memperkasakan program Pengurangan Risiko Daerah (DRRP).

Menurut beliau, rakyat diminta untuk memuatturun aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan maklumat paling tepat dan terkini termasuk maklumat perkembangan berkaitan kes harian Covid-19.

MySejahtera merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

BACA JUGA – Dr Yusuf, Penyelidik Malaysia Antara Yang Membangunkan Ujian Antibodi Di UK

Ia juga akan membantu KKM mendapatkan maklumat awal untuk mengambil tindakan dengan cepat.

Dr Adham berkata beliau turut turun padang ke negeri-negeri untuk memastikan juga proses pengukuhan kesihatan awam dilaksanakan.

“Saya sendiri pun turun ke negeri-negeri untuk memperkenalkan dan memastikan pengukuhan kesihatan awam dilaksanakan, kita patuh pada amalan-amalan tersebut dan kita memantau, pantau boleh dilakukan oleh rakyat sendiri.

“Kita ada mekanisme tertentu di pusat kesihatan seperti ketua kepada pusat kesihatan ini boleh melaporkan kes-kes ke Jawatankuasa Tindakan Daerah setiap bulan,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri turut berperanan menangani kawasan merah dan kuning serta mempertahankan kawasan hijau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat klinik bandar Alor Setar di Kedah.

Dr Adham turut menyeru setiap anggota masyarakat terus mematuhi SOP seperti memakai pelitup mulut dan hidung serta penjagaan jarak sosial.

BBerkaitan

Latest articles