Rakyat Boleh Bayar Bil Letrik Secara Ansuran

Dalam usaha meringankan beban kewangan rakyat Malaysia di kala penularan wabak Covid-19, pengguna elektrik domestik boleh membayar bil kegunaan alektrik secara ansuran.

Menurut Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahadzir Khalid, tempoh untuk pembayaran ansuran dibenarkan sehingga Disember 2020.

TNB turut menggunakan kaedah prorata supaya tidak lebih caj dikenakan kepada pengguna elektrik domestik, begitu juga semakan dilakukan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam perkiraannya.

“Prorata memastikan pengguna tidak terlebih cas, ini satu kaeadah yang mana untuk pastikan kiraan tepat bagi Mac, April dan Mei.

“Kemudian kalau nak dikira lagi, pelanggan untuk Mac dan April, total dua bulan penggunaan itu diberi pula kelonggaran untuk proses bayaran iaitu sehingga Disember,” katanya.

Terdahulu Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menjelaskan TNB tidak mengenakan caj tambahan kepada pengguna bagi pengiraan bil anggaran semasa tempoh PKP berikutan pemberhentian semua aktiviti bacaan meter mulai 20 Mac hingga 14 Mei.

Jelas beliau, mekanisme pengebilan itu juga telah disemak dan dipersetujui oleh ST.

Malah TNB juga setuju untuk Perkenalkan Pelan Bayaran Mudah Bil Elektrik dari tarikh penerimaan bil sebenar sehingga Disember 2020.

Begitu juga tiada sebarang aktiviti pemotongan bekalan elektrik akan dilakukan sehingga 31 Julai 2020 sekiranya pengguna lewat membayar bil elektrik.

BBerkaitan

Latest articles