Rakan-rakan Kabinet Sentiasa Di Sisi – Anwar

KUALA LUMPUR: Dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau sentiasa dibiarkan berseorangan dalam menghadapi cabaran pentadbiran ditepis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Perdana Menteri, rakan-rakan Menteri Kabinet daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersama dengannya.

Bahkan Anwar menegaskan, Kerajaan Perpaduan mencapai kejayaan yang mantap hasil kerjasama yang diterima daripada menteri-menteri Kabinet dan penjawat awam.

“Kalau saya bicara tentu diberi keutamaan sebab saya Perdana Menteri,” katanya dalam sesi dialog sempena majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Sehubungan itu, Anwar berharap agar rakyat turut menilai secara adil prestasi anggota-anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam yang sentiasa komited menyantuni segenap lapisan rakyat.

BBerkaitan

Latest articles