Rakaman Media Dibuat Sebelum Najib Dipenjarakan

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menegaskan tiada ada sebarang rakaman video yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibuat oleh mana-mana media di dalam premis penjara.

Menjelaskan lebih lanjut, rakaman video yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia itu merupakan rakaman lebih awal sempena Kembara Keluarga Malaysia sebelum Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman penjara.

“Video yang ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober 2022 menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu menyusul selepas parti pembangkang mempersoalkan siaran rakaman temubual bersama bekas Perdana Menteri itu semalam.

Oleh itu, Jabatan Penjara Malaysia meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.

Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab.

BBerkaitan

Latest articles