Rafidah Kata Tak Perlu Parti Orang Muda Di Malaysia

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti baru yang akan ditubuhkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘tidak akan berjaya’, terbaru seorang lagi veteran politik mempersoalkan keperluan penubuhan parti berkenaan yang didakwanya akan memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Parti Baru Didakwa Tak Berjaya, Syed Saddiq Ucap Terima Kasih Kepada Tun M

Agak Sukar Parti Syed Saddiq Untuk Berjaya, Dakwa Tun M

Tan Sri Rafidah Aziz berkata negara ini sudah memperlihatkan perpecahan dari segi jantina, pemahaman, kaum dan beberapa aspek lagi.

Justeru penubuhan parti politik yang mensasarkan generasi muda akhirnya akan memberi kesan kepada pembangunan negara.

“Saya kata jangan cetuskan pecah belah dalam berpolitik apabila tiba-tiba semua mula memisahkan diri, kamu lelaki dan wanita wujudkan cerita, pemecahan.

“Kini kamu memecahkan ikut muda dan tua pula dalam politik.. cukuplah pecah belah yang sudah ada di negara ini jangan menambah lagi dengan satu lagi,” katanya ketika pemberita selepas menghadiri Forum Anti Rasuah Kedua di ibu kota, semalam.

Rafidah juga membangkitkan persoalan sama ada rata-rata rakyat Malaysia berbangga untuk menyatakan mereka sebagai ‘Malaysian’ dan bukannya menyebut kaum yang diwakilinya.

“Saya suka gelar diri dengan bangga sebagai I am Malaysian dan heritage Melayu.

“Malay tiada negara hanya warganegara Malaysia sahaja ada negara..begitu juga orang Singapura memperkenalkan diri sebaga Singaporean dan juga orang Indonesia sebagai ‘Indon’ bukannya ikut agama.

“Kita yang main mengada-ada. Kita pecah belahkan diri..adakah nyamuk Aedes pilih orang contohnya saya pilih awak sebab berkulit gelap? Tidak..sama juga dengan Covid-19.

“Tak perlu memulakan lebih pecah belahkan orang muda dan tua sebab suatu hari nanti muda akan menjadi tua juga,” ujar beliau.

Rafidah turut menceritakan pengalamannya dalam arena politik yang dipelajarinya daripada pemimpin yang berpengalaman dan lebih berusia di dalam parti.

“Saya belajar dari orang yang membina negara bukan orang yang memusnahkan negara,” tegasnya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,868FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini