Radzi Jidin Pertaruhan PN Rebut Kerusi Putrajaya

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa dekat pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan tempoh singkat Pakatan Harapan (PH) memegang tampuk kerajaan pusat, pastinya pengundi Putrajaya dapat melihat perbezaan dan mencari perbandingan.

Sehubungan itu, Bersatu mengumumkan Naib Presidennya, Datuk Dr. Radzi Jidin di Parlimen Putrajaya pada PRU15 ini, dalam usaha meraih sokongan pengundi di sana, yang majoritinya merupakan penjawat awam.

Radzi mendakwa, ramai pegawai dan kakitangan kerajaan berasa tidak selesa ketika berkhidmat di bawah pentadbiran PH selepas PRU-14 dahulu.

“Kerja cari salah orang sahaja dan pegawai kerajaan ditukar sesuka hati kerana tak penuhi keinginan mereka.

“Ramai yang tertekan dan kurang selesa,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Prihatin anjuran PN di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.

Pengundi juga, menurut Radzi terkesan dengan kes-kes mahkamah yang dihadapi pemimpin-pemimpin BN sehingga menyebabkan beberapa pegawai dan kakitangan kerajaan dipanggil menjadi saksi.

Beliau memberitahu, situasi yang dihadapi penjawat awam ketika era pentadbiran PN adalah berbeza.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin menghormati pandangan dan keputusan pegawai-pegawai kerajaan,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles