JAKARTA: Aksi tidak bermoral puluhan lelaki yang berpesta dalam keadaan tanpa seurat benang di sebuah bilik hotel di Bogor, Jawa Barat, terbongkar selepas serbuan polis semalam.
Video tangkapan tersebut yang dimuat naik oleh akaun Instagram @warungjurnalis terus mencuri perhatian warga maya, termasuklah di Malaysia.
Dalam rakaman berdurasi pendek itu, kelihatan sekumpulan pegawai dan anggota polis menyerbu bilik hotel yang dipenuhi lelaki tidak berpakaian sedang terlibat dalam pesta liar.
Mereka diarahkan duduk di lantai sambil mengangkat tangan untuk proses pemeriksaan lanjut.
Video yang sudah mencatat lebih 50,800 tontonan itu mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.
Rata-rata meluahkan rasa jijik dan marah atas tindakan tidak bermoral tersebut.
“Satu bilik sampai berpuluh-puluh orang? Mesti bau busuk,” komen salah seorang pengguna media sosial yang turut mengekspresikan rasa geli. – AGENSI