Pukul OKU: Tiga Lelaki Sudah Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki susulan kejadian tular melibatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Kemaman, Wan Muhammad Wan Jaafar, memaklumkan bahawa suspek ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman sekitar jam 8 malam semalam.

“Ketiga-tiga suspek berusia antara 18 hingga 60 tahun. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya seperti dilaporkan oleh Berita Harian.

Video kejadian yang tular menunjukkan mangsa, seorang lelaki OKU, dipukul oleh beberapa individu. Insiden itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi apabila mangsa, yang menunggang motosikal, secara tidak sengaja melanggar sebuah gerai jualan di pasar tani tersebut.

Kejadian itu menyebabkan barangan jualan seorang peniaga terjatuh, mencetuskan kemarahan sebelum mangsa dipukul hingga cedera. Mangsa, yang juga mengalami ketidakupayaan mental, telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

BBerkaitan

Latest articles