Puad Kepada Anwar: Lebih Elok Pas Tinggalkan PN, Sertai Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Sindiran Tan Sri Annuar Musa kononnya UMNO sudah tidak lagi relevan kerana rakyat masih mengekalkan sentimen ‘No Anwar, No DAP’ dijawab oleh Ahli Majlis Kerja Tertingginya, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad sebaliknya memberi saranan kepad PAS Untuk meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan bersama dengan kerajaan perpaduan bagi memperkasa Islam.

Bukan itu sahaja, Mohd Puad turut mengatakam PAS tidak wajar membuang masa “menebuk atap” dan menghukum orang lain dengan mengeluarkan pelbagai fatwa memecahbelahkan orang Melayu.

“PAS sepatutnya ‘moving forward’. Tinggalkan PN dan sertai kerajaan perpaduan. Berkongsi kuasa dan jadi pengimbang dalam kerajaan.

“Lebih baik duduk dalam kerajaan menstabilkan politik, membangun negara, menjayakan agenda Islam, Melayu, dan kesaksamaan rakyat,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO yang kini menyertai PAS mendakwa parti orang Melayu itu sudah tidak lagi relevan kerana rakyat masih mengekalkan sentimen ‘No Anwar, No DAP,’ dan kini ‘No UMNO’ susulan keputusan PRN bulan lalu.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut mengajak ahli UMNO menyertai PAS jika mahu meneruskan perjuangan agenda Melayu.

“Perjuangan apa? Apa pencapaian Annuar bila sudah masuk PAS?,” kata Puad.

BBerkaitan

Latest articles