Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menegaskan bahawa tiada keputusan untuk menghentikan pembiayaan bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar pembayaran balik rendah.
Pengerusinya, Norliza Abdul Rahim, menyatakan cadangan untuk menyemak semula kursus seperti itu masih dalam peringkat awal kajian dan belum dilaksanakan.
Laporan ini menyusul selepas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, pada 14 November lalu yang mencadangkan pembiayaan dihentikan untuk kursus dengan kadar bayaran balik di bawah 30%.
Cadangan itu muncul dalam satu bengkel dalam talian dan bukannya dasar rasmi tiada keputusan dibuat kerana kita perlu melakukan kajian lanjut di mana ia belum lagi bermula katanya.
Norliza berkata apabila kajian itu selesai, PTPTN akan berkongsi hasilnya kepada orang ramai.
Katanya, PTPTN tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk menghentikan pembiayaan, dan pelajar tidak perlu bimbang dengan perkara itu.
PTPTN meluluskan sejumlah RM74 bilion pinjaman setakat September lalu.
Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir dalam satu jawapan bertulis di Parlimen berkata menjelang akhir tahun lalu, PTPTN meluluskan 3,951,404 pinjaman membabitkan jumlah RM71 bilion.
Bagaimanapun, lebih 2.7 juta pinjaman berjumlah RM32 bilion masih belum dibayar.
Zambry juga berkata 72% daripada pinjaman itu diberikan kepada pelajar Bumiputera dan 28% kepada pelajar bukan Bumiputera.