PRU16 Matlamat Utama, Sekarang ‘mode survival’, kata Tok Mat

UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada masa ini untuk memastikan kelangsungannya sehingga parti itu mampu bangkit semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan.

Berucap pada ceramah di Felda Chemomoi, Bentong malam tadi, Mohamad berkata objektif utama Umno sekarang adalah untuk memperkukuh parti itu sebagai persediaan menghadapi PRU16.

Katanya, apabila sampai saat itu, Umno akan menilai semula kekuatannya dan akan memutuskan sama ada parti itu memerlukan rakan kongsi atau sebaliknya.

“Insya-Allah matlamat utama kita 2027 selewat-lewatnya bulan Mei 2027 kita perlu mengadakan PRU ke-16.

“Di situ nanti kita akan menilai diri kita. Di situ nanti kita pastikan sama ada kita dah kuat sangat ke, boleh berdiri sendiri ke, atau perlukan rakan ke ataupun tidak.

“Kita nilai pada ketika itu. Jangan kita asyik menilai diri kita sekarang, memang kita tak kuat sekarang, kita perlu rakan.

“Orang dah lemas, timbulkan dulu. Tengok pulau mana paling dekat, tebing mana paling dekat, berenang la situ dulu, naik dulu, keringkan badan, sihatkan badan,” katanya di hadapan kira-kira 300 penyokong BN.

“Matlamat utama kita selewat-selewatnya Mei 2027 kita perlu adakan PRU16. Di situ nanti nilai diri kita, sama ada dah kuat sangat, boleh berdiri sendiri, perlu rakan atau tidak, nilai ketika itu, jangan asyik menilai sekarang, memang kita tak kuat.

“Kita perlu rakan, kita dah lemas, timbulkan dulu ke permukaan air, tengok pulau mana paling dekat berenanglah ke situ dulu. Naikkan dulu, keringkan badan, esok baru cakap hala tuju, (sekarang) dah lemas hala tuju apa.

“Orang lemas ada hidup dan mati. Kita dalam ‘mode survival’. Esok dah sihat badan nak pakai apa, samping ke lantak masing-masing. Tepuk dada tanya selera,” kata

Mohamad berkata, hala tuju parti juga hanya akan ditentukan selepas kekuatan Umno kembali pulih.

“Strategi kita simpan. Ini tempur kecil, pertempuran di PRK Pulai, Simpang Jeram…insya-Allah tempur di Pelangai kita menang. Ini akan bangkitkan semangat kita.

“Peperangan sebenarnya PRU16. Itu yang kami, saya dan rakan-rakan kepimpinan parti buat sekarang untuk kami bangun. Kalau duduk luar kerajaan nak buat apa meraung-meraung.

“Kalau dalam kerajaan banyak benda boleh buat, banyak agenda boleh urus, banyak perkara boleh buat,” katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai pengudi di Felda, katanya kalau mengikut sejarah di felda-felda di Pelangai ini kita (UMNO) tidak pernah kalah namun Pada PRU-15 tempoh hari kemenangannya itu tidak sebegitu cemerlang.

“kita menang dengan 3 ribu lebih pengundi, datang 75 peratus, 2007 kita dapat majoriti tiga ratus lebih, jadi kita punya asas dah ada, tetapi apa yang kita hendak, seperti yang saya sebut tadi, kalau boleh Pusat daerah mengundi (PDM) , Peti undi di Felda Chemomoi ini kalau boleh bagi, bagi lebih daripada seribu majoritinya,

Jadi ini akan memberikan buffer yang baik jika ada apa-apa yang berlaku di kawasan-kawasan lain di luar sana katanya

BBerkaitan

Latest articles